Pada hari sabtu 31 Mac 2007 yang lepas sempena maulidur rasul, saya telah membuat sedikit jamuan kesyukuran...Sahabat handai dan saudara mara terdekat telah datang berkumpul....Abang long saya (Mahadhir) bertindak sebagai imam yang mengetuai bacaan yasin dan doa selamat.
Disebabkan sibuk melayan tetamu yang hadir, camera telah diambil alih oleh adik lelaki saya yang baru darjah 3....So...banyakla gambar kepala orang yang telah dicantasnya....Gambar sengetla, kabur ...heheh..macam2...So...inilah antara gambar yang boleh diterima sikit....Itupon setalah oarang dah start makan baru nak amik gambar juadah..so tak berapa cun dah nampak juadah tu....
Masakan pada hari tu di masak oleh mak mertua...antaranya ayam masak merah, kari daging + roti jala, sambal jawa,ayam goreng,ikan kering dan acar buah....Antara yang saya sediakan pula ialah rojak buah, puding marble,sira labu, kuih-muih,buah-buahan,kek coklat. Ada juga kuih muaih yang dibawa oleh ibu saudara iaitu serikaya dan kuih cara.
Anyway, majlis pada petang itu berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang harmoni...Alhamdulillah...Kepada yang sudi hadir, terima kasih banayk2....dan yang tak dapat hadir tu, tak dapat nak tolong ...