Assalamualaikum, sekarang bermulahlah waktu-waktu sakura. Di sana sini kelihatan bunga-bunga sakura tengah kembang. Hmmm hampir seluruh jepun bunga sakura mula di rasai. Di kesempatan ini, ramai orang-rang jepun mengadakan Hanami.
Hanami adalah singkatan bagi hana(bunga) dan mimas(lihat). Bila digabungkan menjadi Hanami iaitu melihat bunga. Sambil melihat ke indahan bunga sakura mereka mengadakan BBQ atau makan beramai-ramai. Ada di anatara company-company jepun membawa stafnya bercuti untuk mengadakan hanami di taman-taman yang cantik. Boleh dikatakan semua org akan mengambil kesempatan menyambut hanami.
Oleh itu apa lagi...Di kesempatan ini pelajar-pelajar Malaysia dari Kitakyushu telah mengadakan Hanami di taman di kawasan Tobata. Memang seronok semua pokok sakura telah mengeluarkan bunga-bunga yang catik. Yang paling catik apabila angin bertiup. kelopak-kelopak sakura akan berterbangan seperti turunnya Yuki. Inilah pengalaman yang teritimewa aku dan ani di Nihon. Namun sayangnya sakura hanya bertahan selama 1 atau 2 minggu sahaja. Gugur bersama kemegahan dan kecantikkannya. Sakura lambang kemegahan negara Jepun.