24-25 Mac 2007,UiTM Cawangan Johor, Segamat.
Kejohanan ini merupakan penyertaan pasukan Exsas Eagles untuk tahun yang kedua selepas terkandas di peringkat suku akhir Cup di tangan NS Wanderers pada tahun lepas.
Fokus pasukan pada kali ini lebih menjurus kepada pendedahan untuk pemain-pemain muda bersaing di peringkat yang lebih tinggi disamping sebagai pentas pemanas badan sebelum ke Kejohanan Terbuka Pahang 10's pada bulan April ini.
5 orang pemain bawah 19 tahun Exsas Eagles telah mendapat cap pertama pada kejohanan kali ini. Hasif(96) yang baru sahaja pulang dari Jerman juga mendapat cap yang sama.
Terdapat 3 kategori iaitu kategori sekolah, kategori IPT dan kategori terbuka yang menghimpunkan 56 buah pasukan dari seluruh malaysia termasuk pasukan-pasukan handalan seperti Blackhawks, JLJ, NS Wanderers, Sikamat Gunners dan De'Pepatih. Walau bagaimana pun, beberapa pasukan telah menarik diri pada saat-saat akhir dan ini sedikit sebanyak mencacatkan perjalanan kejohanan 2 hari tersebut.
Exsas Eagles bermain di kategori terbuka dan diundi dalam kumpulan D bersama Muar Musketeers dan MRRC( Malaysian Resources and Research Centre).
Perlawanan pertama menemukan Exsas Eagles dengan Muar Muskerteers yang merupakan Naib Johan kejohanan ini pada tahun lepas dan merupakan Johan Liga Johor tahun ini. Ternyata pengalaman dan pendedahan luas pasukan Muar Musketeers berjaya mengeksploitasi barisan pertahanan Exsas Eagles yang agak gugup mencari rentak keserasian di penghujung masa permainan. Keputusan akhir Exsas Eagles terpaksa akur dengan kehebatan Muar Musketeers, 0-7.
Perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan MRRC menyaksikan Exsas Eagles mula mendapat sentuhan keserasian selepas mendahului 7-0 di awal babak. Namun MRRC yang mengimport 5 orang pemain senior JLJ berjaya menguasai perlawanan sepenuhnya di akhir babak dan berjaya menghasilkan 2 try pantas. Sekali lagi Exsas Eagles tewas tipis 7-10 di tangan MRRC dalam peringkat kumpulan.
Maka Exsas Eagles mendapat tempat ketiga kumpulan dan akan bermain di divisyen Bowl pada hari ke-2.
Selepas mendapat bye di peringkat suku akhir, Eagles bertemu dengan Ex-Titans di peringkat separuh akhir. Ex-Titans merupakan pasukan bekas pelajar UiTM Segamat dan batch perintis kepada kejohanan Segamat 10's.
Keputusan separuh akhir Exsas Eagles menang 7-0.
Peringkat akhir Divisyen Bowl menemukan Eagles dengan RAD 21 Gemas. Pasukan menggunakan sepenuhnya keupayaan bermain secara pantas dan taktik itu berjaya melonjakkan Exsas Eagles sebagai Johan Divisyen Bowl selepas menang 19-12.
Divisyen Plate menyaksikan De'Pepatih muncul juara selepas menewaskan MRRC.
Divisyen Cup pula dimenangi oleh RAD 51 Gemas 'A' yang diwakili sepenuhnya pemain-pemain JLJ.
Ketegori IPT menyaksikan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) memperbudakkan Politeknik Shah Alam dengan kemenangan 39-0.
Ketegori Sekolah, SSBP muncul johan selepas menewaskan SM Teknik Segamat 'A'.
Berikut merupakan senarai pemain yang membawa cabaran Exsas Eagles di Segamat.
1. Prop - Bapak 03 (kapten)
2. Hooker - Hasif 96 (cap pertama)
3. Prop - Kapla 96
4. Scrum half- Kudin 96
5. Fly half - Yien 96
6. Centre - Tabla 03
7. Centre - Kebau 05
8. Wing - Mag 03
9. Wing - Ayie 02
10. Fullback - Ijan 98
11. Prop - Riki 06 (cap pertama)
12. Prop - Atan 06 (cap pertama)
13. Scrum half - Eris 06 (cap pertama)
14. Wing - Tempe 06 (cap pertama)
15. Fullback - Haikal 06 (cap pertama)
Jurufoto pasukan - Reza 96
Ucapan terima kasih kepada EXSAS, Dato' Presiden dan Bro Qisan yang memberi sokongan moral dan sumbangan material kepada pasukan.
Ucapan terima kasih juga kepada warga Exsas batch tahun 1996 yang sama-sama bersatu menyumbangkan jersi baru kepada pasukan EXSAS EAGLES. Jersi tersebut dipakai waktu perlawanan akhir.Terima kasih daun keladi.
Terima kasih kepada Saudara Talhah dan Saudara Kacang yang memberi sumbangan kepada pasukan walaupun tidak dapat menyertai kejohanan kali ini atas desakan komitmen yang lain.
Juga kepada Reza 96 yang sama-sama membantu pasukan dan menjadi jurufoto pasukan. Terima kasih daun keladi, ada masa jom ikut kami lagi.
Sekian terima kasih. Jumpa di Kuantan 14-15 April ini.
Yien & Kudin (96)