. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://2.srv.fotopages.com/2/11729037.jpg"></img> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 26-Mar-2007 22:01
UMRAH MAKKAH AL-MUKARAMAH
ALHAMDULILAh kami sempat di Madinah selama 3 hari, dan melawat beberapa tempat bersejarah antaranya Masjid Kuba, Masjid Qiblatin, Makam Para Syuhadah dan bebrapa tempat lagi.Terima kasih kepada adik Faisal, Hafiz, dan beberapa lagi, pelajar Malaysia di University Madinah kerana membawa kami ke tempat bersejarah dengan penerangan yang amat berguna.

March 12, kami terbang ke Mekah dengan pesawat Saudi Airlines dari Madinah.perjalanan memakan masa 50 minutes sahaja.Kali ini kami dah siap-siap BERIHRAM untuk mengerjakan umrah di Kota Suci Mekah.

Usaha untuk mengerjakan UMRAH ini sudah lama dirancang,namun pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengeluarkan visa Umrah selepas musim Haji lalu, kerana atas sebab tertentu, bagi menghalang jemaah datang dan overstay sehingga Musim Haji.

Namun kehendak ALLAh swt tidak siapa dapat menghalangnya, kami akhirnya diberikan VISA ZIARAH atas sebab tertentu, antaranya kerana Passport yang kami miliki dan atas dasar G to G.


ALHAMDULILAH dengan Passport Diplomatik dan hubunga akrab Malaysia dengan Arab Saudi Visa kami diluluskan dengan sekali memohon dalam masa kurang dari seminggu..syukur. Atas sebab-sebab ini jugak kenapa kami terpaksa ke Jeddah dan ke Madinah dulu kerana kami tidak berihram dari Milan kerana ats nasihat bagi menghormati Visa Ziarah yang diberikan.

Setelah hari-hari kena roti, kami akhirnya dapat mejamah nasi di Mekkah. Pertama kali kami makan nasi dalam talam dan kemudiannya nasi Kabsha,nasi yang didalamnya diletak ayam dengan kari, satu bekas cukup untuk 4 orang bagi kita orang Malaysia.

NASI KABSHA

Nasi dalam talam...
Namun, bagi orang Arab, satu bekas untuk satu orang sahaj dengan ayam sebelah. Nasi mandi juga antara yang kami cuba, setiap kali lepas solat Isya di masjid..Kepada jemaah yang ingin makan nasi kabsha,boleh mencarinya di Restaurant Taza di Kota Mekah.Saya pasti mereka yang sudah ke sana tahu akan nasi ini, kami sekadar memaparkan apa yang kami lakukan disana tidak lebih dari itu jauh sekali untk menunjuk dan berbangga.


sup kambing dan roti canai, reseki kami tetiba sahaja masuk kedai untuk bersarapan bila mahu bayar empunya kedai tidak mahu menerima katanya sedekah...khalaj..alhamdulilah.

Kata org disini ALLAH membayar tunai apa perlakuan kita, maka itu yang ayah budak-budak ini ceritakan pada anak kami sebagai semangat, kerna 5 minit sebelum masuk kedai berkenaan, anak-anak kami meminta wang supaya disedekah pada seorang lelaki tyua yang sedang menolak troley dengan keadaan daif. ALHAMDULILAH, satu pengalaman dan pengajaran yang baik untuk mereka.



Burung merpati berdekatan dengan Masjid Kuching..macam di Trafaqar dan Milan


Jemaah mula ramai menunggu solat Magrib

Saei ....

Air ZAM-ZAM..



Air zam-zam yang dibeli dan dibawa balik, sampai di Airport Milan, lebih sejam tunggu air zam-zam ini tak kelaur-keluar,kemungkinan besar ianya ditahan oleh pihak berkuasa Italy. Kebanyakkan Airport di europe tidak membenarkan kita membawa sebarang liquid semasa hand carry check in, wpun air mineral dan perfumes. Di Jeddah kami check in dalam kargo dan memang dikhaskan dalam satu tempat kami percaya ianya ditahan kerana prasangka dan perasaan takut pada bayang sendiri Barat dalam Aviation System and Policy sekarang.



SYKUR ALHAMDULILAH, kami selamat mengerjakan ibdah UMRAH ini dengan keizinaNYA dan dengan kehendakMu ya ALLAH.Yang pasti ianya sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perasaan ketenangan dan kerkerdilan kita sebagai makhluk ALLAH amat terasa sekali. INSYALLAH dengan kehendak dan izinMU yang ALLAH kami berdoa agar kami mampu untuk ke sana lagi selagi kami dizinkanMu..amin.


NOTA
Entry ini hanya pandangan peribadi kami dan tidak langsung berniat sebaliknya,ianya lebih kepada paparan untuk anak-anak dan saudara mara yang mana semoga dengan ini akan meninggalkan kesan pada anak-anak kami untuk menambahkan semangat dan keimanan mereka dengan kebesaran ILLAHI..Kepada sahabat dan rakan yang melayarinya semoga mendapt sedikit info yang berguna dari kami yang jahil ini, selebihnya perlu dirujuk kepada mereka yang bertauliah dan lebih arif.....wallahualam


Aureanayz scritta;

Quote:
daddy munzir - cheabe bawak hp camera,masa tu seram sejuk jugak takut kena rampas.skrg nie dah boleh bawak hp masuk masjid,kalau madinah org perempuan tak boleh bawak langsung...nasib2.
rinnchan - insyaallah rinn,kalau ada niat.. semoga dipermudahkan Allah.
mommy_d&d - insyaAllah akak doakan,anak2 akak bukan main seronk kalau dapat makan aiskrim setiap kali balik dr masjid,sampai sekarang asyik tanya lagi bila nak pergi mekah lagi..seronok katanya kalau pergi masjid,alhamdulillah..
ida isk - insyaAllah ida..kita doakan awak dimurahkan rezeki n bisnes kencang..
MamaFaMi - insyaAllah...mama.
kak kham - masa kat sana ari tu nampak depa nak perbesarkan lagi masjid,sebelah saei tu...
Sofea&Soraya Fashion sofeasoraya@yahoo.com - insyaAllah..Salam Perkenalan..terima kasih kerna sudi singgah fp saya yg tak seberapa..
maR- salammm sis...rindu la..lama tak jalan2 kerumah awak,akak masuk pun intai jer tak sempat nak tegur..sejak balik umrah pakat2 demam semua kat umah nie..siap buat 2 pusingan lagi,mak dia paling teruk 2 kali kena ,nie baru nak start enjin..
misniaa- insyaAllah..kita p sama2 nak..kalau ada rezeki ingat nak bawak abg besar plak..doa2kan kami ya..
Faizah::faizabelle79@hotmail.com : terima kasih kembali faizah, salam perkenalan juga dari saya.Terima kasih juga kerna sudi melawati entry arwah anaknda saya.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.