Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 23-Mar-2007 05:41
nuha di istanbul
Catatan perjalanan kami di Istanbul...

18.3.2007
Kami menaiki penerbangan dari Munich jam 940 pg dan tiba di Ataturk Istanbul International Airport jam 1320. Waktu di Turki awal sejam dari Munich. Kami menginap di Hotel All Season, di Old Town Istanbul. Selepas rehat seketika, keluar meninjau kawasan persekitaran hotel...sambil cari2 kedai utk kami lunch....apa yg kami dpt hari pertama di sini, suasana kat sini macam kat m'sia...org2 kat sini lintas jalan cam ayam(mcm kat mesia), suka bunyikan hon keta(mcm kat mesia), peramah dan suka tegur org (mcm org mesia),masjid byk tapi kosong (mcm kat mesia gak)....

19.3.2007
Lps breakfast ala2 western gitu, kami dijemput tourist guide (pakej percutian-tiket flight-hotel-bus tour) dgn bas utk jln2 sekitar istanbul. Pelancong bersama2 dgn kami tu semua org jerman...(sbb pakj bhs jerman je ada)....jd penerangan sumer dlm bhs jerman...jd kami bertiga ni ternganga la atas bas tu...sampai destinasi pertama kami di Blue Mosque atau Sultanahmet mosque (http://www.guideistanbul.net/sultanahmet.htm ), kami minta separate dr group dan jln2 sendiri (dgn alasan nak tunggu zohor and solat kat situ...actually kami bosan dgr cerita dlm bhs jerman)..hari pertama kami cover kaw sekitar blue mosque (hagia sophia tutup hari isnin), archeology muzeum ( tpt dimana tersimpan khazanah raja2 empayar islam dahulu dan juga barang2 rasullullah saw), topkapi palace (http://www.guideistanbul.net/history.htm ), hippodrome square-tiang zmn greek (http://www.guideistanbul.net/hipodrom.htm )...

20.3.2007
Hari ni kami decide utk habiskan sehari masa kami di grand bazar (http://www.guideistanbul.net/carsi.htm )...pasar ini sgtlah besar dan mcm2 brg ada..mostly brg2 made in turkey (for surela)...dan yg plg byk kat sini ialah leather goods, jewelry dan carpet!.....it's just fun jln2 kat sini walaupun tak shopping byk brg....pekedai2 dia rajin tegur org dan brg2 yg bersinar2 menyilaukan mata tu mmg amazing....utk yg kaki shopping...jgn dtg byk2 kali kat sini...kan nyesal sbb duit akan bannyyaakkk habis..ehe...

kami merayap kat sini sampai petang and then kami ke blue mosque utk solat maghrib+isyak...dan ambil gambar utk pemandangan waktu mlm lak...

21.3.2007
ari ketiga kami amik pakej jln2 kat bosphorus sea...seblm tu tourist guide tu bwk kami ke spice bazar...ant pasar tertua kat turkey ni....wangi-wangian spice kat sini memang menusuk hidung...then kami dibawa menaiki boat menyusuri bosphorus sea sambil melihat bgnan bersejarah di tepi selat tu...di sini kami dpt lihat istana yg diguna olh mustapa kamal ataturk...the most expensive wooden house milik celebrity2 da org2 kaya....istana2 singgah (summer palace) milik raja2 zmn empayar islam dahulu dan plg cantik...rumeli fortress (http://en.wikipedia.org/wiki/Rumelihisari )...kubu yg dibina olh Sultan Muhammad al-Fatih, before he conquered the constantinople..cuma 1/3 yg tinggal..yg lain dah roboh disbbkan gempa bumi...binaan ini dikatakan antara yg bgnan military tercantik di dunia....
afternoon....kami menghabiskan masa sekitar blue mosque...mengimbau kembali kegemilangan empayar islam suatu ketika dahulu kerana esoknya kami akan berangkat pulang ke munich.....

Istanbul in memoir....

Hari pertama abi nuha bersolat subuh di salah satu masjid berdekatan dgn hotel tpt kami tinggal, terkejut kerana jemaah yg hadir cuma 5 org yg sudah sgt tua,bertongkat, berjanggut sudah hampir ke lantaisolat atas kerusi......dimana org2 muda mereka...mungkin masih asyik dibuai bayu bosphorus sea atau tarian gelek penari2 gebu di istanbul....
Masyarakat Islam di sini agak menyedihkan...mereka bangga menyatakan bhw turki dimiliki 99% org islam, tp islamnya hanya nampak pd byknya masjid disini...generasi tua di sini tidak tahu membaca qur'an....impak dari gerakan "pembaharuan" mustapa kamal ataturk ( )...di sekolah juga tidak diajar membaca quran dlm bhs arab..cuma baru sekarang wujudnya beberapa sekolah agama, di mana bakal2 imam dilatih membaca dan menghafaz quran dlm bhs arab...
Wanita2 turki hari ini....senang sekali kalau ingin melihat yg bertudung...tapi kalau yg tak bertudung, tak dpt dipastikan samada mereka islam atau sebaliknya.....terjahan budaya eropah semakin hari semakin mengikis nilai2 islam yg dibawa olh kekhalifahan dahulu...
Kami agak terkilan dan sedih....bumi yang menyimpan khazanah terakhir rasullullah saw, kini dibaluti kelalaian dan kealpaan umat islam sendiri...jadi tidak pelik jika dikatakan islam sekarang lemah...kerana umatnya semakin lalai dengan kemewahan dunia.....

Namun kesedihan ini sedikit terubat..hari terakhir abi nuha bersolat subuh di masjid lain pula, jemaahnya lbh ramai dr masjid sebelumnya (15 org), dan ada jemaah muda yg pandai baca quran...imamnya juga masih muda dan bacaan qurannya terang dan jelas....

atleast...ada sedikit cahaya sedang mencari jln utk menerangi kembali kegemilangan islam...

Malaysia...gi mana sekarang?!

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.