Minggu lepas saya gi ambik gambar di ruang yang gelap dengan lighting yang minima... menggunakan dua flash...nasib baik buat dua orang kalau tak kelam kabut juga lah..nak setting timer nak setting flash lagi.. apa pun saya berterima kasih kepada en adzrin kerana sudi berkongsi ilmu.... Lagipun saya dapat model yang cukup sporting untuk buat assignment he he he...tak banyak bunyi..dan boleh berkerjasama...
Saya dapat feedback yang banyak pada tajuk yang lepas pasal creative lighting system.. ada yang minta ajar...terima kasih kepada semua yang sudi beri komen dan galakan serta pujian...... kepada yang junior junior seperti saya ni kalau nak ilmu cls tu boleh lah hantar emel kepada saya sweet_november1780@yahoo.. insyaallah saya akan hantar teknik yang saya gunakan...kepada yang dah senior kalau lah apa yang saya buat ni tidak betul darisegi composition dan lighting sudi sudilah tegur dan memberi tip tip terbaik untuk saya.... ALLAH akan merahmati anda kerana sudi berkongsi ilmu... he hehe
Banyak benda kena perbaiki dan belajar apa yang penting usaha yang bersungguh pasti akan membuahkan hasil.....
saya tak pasti sebab colour pada monitor saya bermasalah atau sebaliknya kalau anda perasan colour hitam saya bertindih dengan warna kelabu sila beritahu ye....