Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 15-Feb-2007 23:29
karamel mudah
resepi ni mak zuha yg ajar. dia la yang memperkenalkan resepi ni kat aku. masa tu bulan posa. kalau nak beli karamel ni masa bulan posa mmg mahal. ada yg sampai satu potong karamel dia jual RM2. baik aku buat sendiri. berpotong-potong aku boleh dpt. tp kali ni aku buat, aku masukkan dalam puding cup kecik2. senang nak kasi kat orang.

Bahan2:
7 biji telur (medium saiz)
3/4 cawan gula halus
1 tin @ 350g susu cair (saya guna susu cair ideal)
1 penutup botol essen vanila
utk gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
puding cup secukupnya

cara2:
1. susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati

2. setelah sebati masukkan essen vanila

3. masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.

4. bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.

5. masukkan satu sudu gula hangus ke dalam puding cup dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan essen vanila td ke atas gula hangus. ulang hingga habis

6. sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. maknanya masa nak mula buat karamel ni dah start panaskan air kukusan tu. kukus adunan td selama 10 minit. bila dah masak, biarkan dia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih sedap.

7. kalau tak der puding cup, guna loyang pun boleh. masukkan dahulu gula hangus tu..pastu baru masukkan adunan puding tu. bila dah siap kukus, terbalikkan ke atas pinggan. sama gak karamel yg dalam gambar saya ni. saya terbalikkan ke dalam mangkuk kecik. so, lawa jer dia punya permukaan.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.