Pasir Panjang : Pada Jumaat 22 Disember 2006 (tarikh ini tiada kaitan dengan Pasir Panjang) adalah hari bersejarah bagi Dato' K dan pasangannya Hanisah@Nisa. Akad telah dilafazkan dengan lancarnya oleh Dato' K walaupun mukanya agak cuak (Kompem jantung cam nak pecah ni!!). Majlis berjalan lancar di Merbok dan disertai oleh rakan2 seperjuangan futsal seperti Joker, Meri, Ajoy, Endon, Dol dan mcm2 makhluk lagi hendaknya. Meri mengatakan Dato' K atau nama manjanya 'Kurik' begitu gah laksana Hang Tuah gayanya (Gilerr siut bahase aku!! berbunge2). Majlis di sebelah pihak lelaki pula berlangsung pada hari Isnin 25 Disember 2006 bersamaan hari Krismas, adalah rugi sape yg tidak dpt hadir kerana Dato' K @ Kurik telah menjemput khas Santa Kelaus dr Kutub Selatan untuk mengedarkan hadiah2 kepada para hadirin. Marilah kite sesame mendoakan agar perkahwinan ini akan kekal bahgia selama-lamanya, Amin. Sekali lagi TAHNIAH buat Dato' K @ Kurik dan Hanisah @ Nisa atas perkahwinan mereka. Sekian dari saya pemberita xbertauliah, kenang daku dalam doamu. Wassalam