| Tuesday, 23-Jan-2007 12:00 |
|
Annual Sales Meeting Team Building
|
|
Wahai Jurnal,
Kemasukan (Entry) ini adalah untuk memenuhi permintaan Erwansya@Mike.
Tahun ini, company aku buat benda teambuilding yg special sikit. Biasa2nya duduk kat opis, buat latihan VIP, atau main kad utk resemble sales situation, bapak boring pun. Jadi tahun ini, Host (Rasman) & aku deputy host, menganjurkan permainan team building paintball. Sengaja utk mewujudkan suasana di mana kerja berpasukan adalah penting, menjana semangat setiakawan, dan berupaya bekerja dalam tekanan. Tapi mostly, pasal nak pergi bermain je .
Ada 5 team hari tu, cuma ada 20 org je yg main, yg lain2 menarik diri kerana komitmen lain, atau pun dia org ini chicken je sebenarnya. Satu team 4 org, satu game 5 minit, cara utk menang, dapatkan flag anda di tempat musuh dan bawa pulang, atau yg lebih senang, terminate them all.
Memang best main, memang lah ade injury sikit2, tapi takdelah akan membawa maut andai semua larangan keselamatan di patuhi. jemput lah lihat gambar dan ulasan, sila sila.
|