Sedar tak sedar masa berlalu meninggalkan kita. Kini Saiyidah telah menjangkau 1 tahun 5 bulan. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. Saiyidah dah gemar nak berlari. Pantang bawa ke Shopping Complex... berjalan ke sana ke mari. Lagaknya seperti orang dewasa. Melihat-lihat sekeliling memerhati apa yang ada. Kalau yang boleh diusik....diusiknya. Macam orang dah faham nak WINDOW SHOPPING : )). Begitulah gelagatnya....gelihati pun ada. Bila berjalan tu selamba jee...nak jalan sendiri tak mahu pimpin tangan ngan ibu dan ayah. Suka jalan sendiri. Gambar yang diambil tu di dalam rumah ....atas Sofa.