Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sempat lagik nyamuk gigit Aiman..

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sempat lagik nyamuk



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 8-Dec-2006 07:37
Sydney Trip 2006

Destinasi : Sydney, Australia
Tarikh : 20.11.2006 – 25.11.2006



Departed around 11PM from KLIA. Aiman tido dlm bassinet tapi tak lama maybe tak selesa dgn air pressure. Lagipun Aiman breastfeed so on and off kena entertain my hero

Day 1 : Sydney Boulevard Hotel / Sydney Opera House / Cafe Kasturi / George Street
Sampai Sydney airport lebih kurang pkul 8AM. Tak byk masalah dekat kastam cuma dorang particular dgn makanan yang kita bawak esp. yg mengandungi telur. Exception for infant cereal and formula which allowed to be bring in. Actually Hubby ada bawak Brahim’s (rendang, sambal ikan bilis etc) dlm beg besar tapi sebab dah kalut masa kastam tanya Hubby dia tak ingat. Masa Hubby nak bukak beg tuh minah salleh tu cakap takpe. Hehehe lega kalau tak habis la sumber makanan kitorang

Lepas clear sumer benda alah tu Hubby cari airport shuttle (AUD 70 single trip) angkut segala beg naik, duduk dan rileks sambil menikmati pemandangan nan indah. Diana book utk 2 bilik tapi sebab we all sampai awal dlm pkul 9 AM++ lagi 1 bilik x ready. So check in, mandi pastu ingat nak start la jalan2.. Hmmm penat sgt so we all sumer tertido kepenatan. Except Hubby dia gi turun bawah follow up utk bilik we all pastu siap dia rakam video kitorang sumer terlentang tido dgn pelbagai aksi . Penat laaa…

Dah bgn tido lebih kurang pukul 3PM tukar baju then kuar bilik amik bas depan hotel terus pi
The Sydney Opera House. Masa nih la terserempak dgn family kawan Hubby. Lepas habis posing amik gambar dgn berpandukan list retoran halal yang dpt dari internet kitorang pun jln la konon nyer nak gi Café Kasturi (Malaysian). Ingat dekat la tempat tu tapi jauh la sgtttt.. So gi Circular Quay amik bas lebih kurang 20 minit camtu sampai la kat restoran tu. Ayah mmg dah lapar nasi apa lagi order la lauk pauk. Biler tgk menu lauk 1 pinggan ada la dlm AUD 15. Dah lapar nyer psal dah x kisah dgn harga lagi. Mintak nasi tambah sampai 2 kali Teruk betol!!! Masa tuh da pkul 7PM dr lunch x mkn mmg la lahap sumer .

Nasib baik makan kat situ cause the chef (also Malaysian) very helpful. Dia bagi tips kat mana nak beli brg and some guidelines. So lepas makan tuh kitorang jln kaki balik hotel.. Takde la jauh sgt dlm 30 minit jalan kaki. Sambil2 tuh bole cuci mata kiri kanan byk kedai kat
George Street nih. Angin plak sejuk so x terasa sgt penat.

On the way balik singgah gi Woolworth beli roti, buah dgn drinks utk b/fast. Ayah dah ngadu sakit kaki. Sampai hotel Hubby book pakej nak gi Blue Mountain utk besok then mandi pastu tido zzzzz



Day 2 : Blue Mountain Tour
Tour package around AUD 85 per person (Child AUD- 55). Tourist guide pick up (shuttle van) dlm pkul 11AM dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Pkul 12 berenti jap utk lunch. Ehmm apa jerk yg we all bole mkn kan .. vegetarian jerk la pastu sambung perjalanan lagi sampai ke Blue Mountain. Tapi
Blue Mountain National Park tutup ari tuh tak tau la naper . So this day kitorang dpt tgk 3 sisters of Katoomba, naik 'Mine Train' then pusing2 la kat area situ . Berkejar gak la sebab masa yg tour guide kasi macam tak cukup.. Rasa x puas jerk jenjalan kat situ.. Kalau jalan betul2 kat situ mau makan 1 hari gak kot. Then tour guide bawak kitorang gi Leura Town ; terkenal dgn hand made candy. Masuk gak pusing2 dlm candy store tapi x beli candy.. byk sgt kandungan pelik So end up we bought nougat for ourself. Selepas kandungannyer telah disahkan halal oleh Hubby. Konon

Then on the way back tour guide bwak gi
Olympic Park tgk aper lagik.. tgk stadium la Pusing2 amik gambar (we all x turun sebab Aiman da tido) last sekali tour guide turun kan kitorang kat Olympic Park jetty cause kena naik speedboat on the way to Circular Quay. Aiman da tido so mmg Diana x gi memana dok jerk dlm tu sambik syok tgk depa basah kena percikan air Jaki jerk . Kesian Aiman waktu tido dia dah tak menentu. Waktu yg sepatutnya dia tido dah tak sama. Aiman plak jenis yang susah nak tido kalau tak breastfeed or dodoikan dia. Nasib baik mak ada sebab bole tlg dodoikan Aiman tido. Bukan Diana x bole tidokan Aiman tapi dia nak benda lain la kan nak teman dia tido So dia nyer merajuk tuh lain mcm la bila nak tido. Kalau nenek dia dodoikan nak tanak kena tido gak la .

Sampai
Circular Quay naik bas gi George Street but this time makan kat ‘Ali Baba Chicken’. Ala-ala Kenny Rogers gitu Tukang masak kat Café Kasturi dah cakap kalau tak jumpa restoran halal yang lain bole makan kedai2 yg jual kebab, pizza sebab halal. Tapi yg kelakar makan kat ‘Ali Baba Chicken’ nih dorang takde sos cili. Dia ada sos tapi sekali tgk cam sambal belacan pun ader. Dah la tuh takde baby chair susah nak letak Aiman. Aparaaa. Tempat basuh tgn lagi la takde. Diana perasan kat Sydney nih dorang x baby friendly sgt, Maksud nyer facilities baby room tuh kurang or kalau ada pun ala kadar jerk. Masa nak dtg sini dulu siap imagine kot dorang nyer baby facilities up to date rupa nyer tak. Lagi best yg kita ada kat The Curve, Ikea atau Jusco.



Day 3 : Taronga Zoo
Lepas breakfast terus kuar bilik amik bas gi Circular Quay. Hubby beratur beli zoo pass nak masuk
Taronga Zoo. Ada 2 pilihan nak pegi zoo bole naik bas atau naik feri dan kitorang pilih naik feri sebab nak tgk pemandangan (AUD 40 ++ per person inc. ferry + cable car/feeder bus). Sampai sana kena Q lagi nak naik cable car. Bas ada la tapi x kuasa nak naik bas la Jaki nyer psal kitorang naik cable car gak . Sampai jerk kasi Aiman makan dulu wat sumer siap2 nanti senang mana la tau x jumpa tempat kan. Pastu kitorang start la pusing2 kat situ. Mula2 kitorang dok kejar tgk animal show dulu Hubby cakap rugi kalau tak tgk. So dpt la tgk Bird Show and Sea Lion Show. Masa nih Aiman plak dah tertido. So Hubby tlg jaga Aiman while I had fun watching the show. Kesian Hubby and Aiman .

Lepas tu baru la we all slow down skit. Baru la dpt jalan2 yg sebetul nyer kalau tak rasa mcm rush jerk Boleh dikatakan sepanjang kitorang kat sini mmg tak lunch. Nasib baik ayah bawak some fruits, drinks and biscuits. Nak makan kat sini mana la tau halal haram nyer. Kalau ikutkan ayah nak carik nasi gak tengahari tuh Sampai la ke petang kitorang dok kat zoo nih. Ooo ye lupa nak cakap kat sini kalau nak amik gambar pegang Koala tu kena byr AUD 16 utk 4 org kalau tak silap. Tapi Mak x kasi.. Dia kata membazir. Tgk dr jauh jer la koala tu.. Bau pun bole tahan ’wangi’ koala tu . Lepas da puas berjalan kitorang pun balik la naik feri. Berenti kat Circular Quay amik bas gi Cafe Kasturi, George Street .

Kitorang ushar la gelagat mat salleh makan nasi. Dorang nih mkn nasi sejemput jerk. Kitorang mintak nasi tambah utk 1 mangkuk tuh sampai 3 kali . Café ni masak 3 jenis masakan; Malaysia, Thailand dgn Singapura sebab tu kot ramai pelanggan gak. Ada mat salleh tu order roti canai, pasembor la.. Dorang order byk tapi sumer letak sikit2 dlm pinggan. Kira roti canai tuh mcm lauk la bagi dorang. Tergelak tgk dorang mkn. Dorang pun mesti gelak tgk kitorang mkn . Lepas tuh balik jln kaki dan seperti biasa perjalanan yg mengambil masa 30 minit jadi berjam2 gara2 Mak yg nak singgah sumer kedai So dpt la gak beli souvenir utk kawan2 and family. Ingat nak survey dulu.. Konon jerk tapi terbeli gak Survey gak sheep skin tuh dlm AUD50. Hmm quite cheap. Pastu fikir punyer fikir ingat nak beli kot la pegi New Zealand ker.. Hah berangan!!

Pastu singgah Woolworth, Hubby beli ais krim dgn buah utk Aiman. We have discovered Aiman loves peach and plum. Mak start bagi dari pagi tadi sebiji gak la Aiman makan sampai sendawa kekenyangan . Sampai bilik cam biasa la wat rutin biasa dan zzzzzz.



Day 4 : Hard Rock Café / Paddy’s Market / Sydney Aquarium King Kross
So pagi nih bgn lepas breakfast kemas lebih kurang we all gi
Hard Rock Café dulu. Tak sangka plak HRC betul2 terletak kat simpang depan hotel. Ada 1 mlm tuh tunjuk kat Hubby map HRC dia kata dekat jerk kat area hotel tu. Dulu dia pernah pegi tapi masa tuh org antar right to the door step. So Hubby da tak ingat jln nak gi sana. Pastu mula la dia cakap HRC baru pindah area situ la blab la bla.. Yer la tuh maybe masa tu Hubby naik keta ikut jln lain mana la perasan kan

Hubby got his own collection of HRC t-shirts so cam biasa dia akan beli t-shirts dan kali nih Hubby beli utk Aiman sekali They don’t have baby size t-shirts. Plg kecik pun 1-2 tahun nyer saiz. Tak kisah la janji dpt beli gak . Plan nak gi
Paddy’s Market sebab tak jauh sgt so we all selesa berjalan kaki. Lagipun udara pagi sejuk x lah panas sgt. Jalan melalui Hyde Park berenti jap tgk tugu Captain Cook pastu terus ke George Street maka sampailah we all kat Paddy’s Market. Masa mula2 sampai tuh mmg rambang mata byk betul gerai kat situ. Tempat dia besar dan tertutup kira takde la nampak semak mcm Chow Kit / Petaling Street kan. Byk souvenir, baju, beg, pasar basah, pasar kering pun ada.. gerai makanan dan mcm2 lagik. Kebanyakan yg menjual nih warga Cina yg dtg merantau kat Sydney. Area situ pun mmg dorang panggil China Town.

We all decide to split as hala tuju memasing tak sama Takut Mak bosan dgn we all plak so me and Hubby pun pi lah round cari souvenir dgn brg2 lain. Harga brg kat sini mmg murah tapi kena hati2 la sebab ada yg kualiti tak berapa bagus. So kitorang try carik gak yg something buatan tgn dr sini contoh nyer boomerang. Ada byk brg lain buatan sini tapi harga dia mmg la mahal skit. Kalau yg murah tu selalu nyer buatan China tapi penjual dah pesan awal2 brg dorang tu yg murah dr tempat lain yg mahal skit buatan tempatan. So terpulang la kita nak beli yg mana

Kesian Aiman... Dia dah sampai tahap bosan giler sebab tempat tuh mcm Diana tulis mula2 tadi tertutup ditambah lagik dia mengamuk tak dpt tido lagik. Ada la dekat 3 jam pusing2 dlm tu. So Hubby bwak Diana dgn Aiman keluar dr situ dan cari ceruk mana ntah sebab nak bagi Aiman mkn. Lepas dah ok sumer baru Hubby tinggalkan we all jap nak pi cari Mak dgn Ayah. Yer betul! Mak Diana shopping sakan sampai kitorang tak jumpa balik kat meet point pada waktu yg sepatutnyer . Ada la dekat sejam Hubby carik dorang baru la jumpa.

Lepas tu dari Paddy’s Market kitorang jln kaki pi
Sydney Aquarium. Huh Aquaria kat KLCC tuh pun we all tak penah jejak lagi. Hmm dah depa kat sini cakap one of their attractions so we all pun pegi la. Perjalanan mengambil masa 30 minit dan masa nih mmg panas terik. Jalan kaki lagik. Nasib baik ada sunglass baru Aiman pun mmg da ada ari tuh beli Cuma Hubby jerk luper nak bawak dia punyer. Packing brg bagai nak rak. Keperluan utk isteri dgn anak tersayang sumer lengkap tapi sendiri nyer luper nak angkut sekali. Kesian suamiku kena menahan panahan matahari yg terik. Sayang you la!!!

Tiket masuk dlm AUD 25++ (lepas tunjuk 10% diskaun print dr internet). Hmm aper ada kat sini eh?? Lebih kurang cam apa yg ada kat Aquaria eh? (Sebab Diana tak penah pegi lagi) Habiskan masa kat situ lebih 2 jam. Aiman tido setengah jam yg pertama so bila Aiman bgn dia dpt tgk Nemo and friends. Nganga mulut dia tgk jerung dgn ikan2 tu . Lepas da pusing sumer kitorang keluar dr situ lepak kat atas jambatan plak. Jambatan nih tempat laluan manusia dgn monorail. Cuma pelik tgk monorail kat Malaysia nyer tiang amik space byk giler dgn stesen hentian besar gak. Tapi kat sini tiang yg support jln monorail pun besar tiang letrik jerk. Kecik dan x byk amik space lain mmg tak menyusahkan . Dah puas lepak we all jln kaki balik dan on the way tu singgah masuk QVB Shopping Mall. Besar gak shopping mall nih. Lantai plg bawah shopping mall nih senget sebelah Dorang dlm proses mencantikkan mall tapi nilai sejarah dan keunikan nyer tetap terpelihara Dlm mall nih biasa lah byk kedai2 dgn butik2 ala Star Hill gitu. Tak pusing pun cuma lalu bawah jerk lebih kurang cam shortcut Ayah dah penat giler jln kaki. Kelakar tgk ayah dia da tak sanggup pkai kasut lagik dia beli selipar ari tuh kat Woolworth so dia jln dgn selipar jerk Benda tuh x pelik kat sini sebab dorang kat sini Diana tgk kalau yg perempuan tuh dah anggun dgn skirt , scarf dgn sunglass tgk bawah… Choppp pkai seliapr da.. Comel gak hehehe

Ari nih kitorang x gi makan kat mana2 singgah gi Woolworth beli buah, roti dgn benda2 lain. Sampai hotel da kepenatan. Hubby rendam Brahim’s dlm sinki pastu mkn la roti bercicahkan sambal ikan bilis Brahim’s . Hmm dah lapar mkn benda camtuh pun rasa nikmat jerk . Mlm ni plan nak gi King Kross Dah sound mak awal2 cakap tempat tuh camner kan Mak plak sporting nak gi gak. Ayah kata tanak ikut kaki dia da penat takmo jln lagi dah. Dia nak gi lepak Hard Rock nak tgk live band. So lepas mkn2 tu siapkan Aiman kitorang pun kuar dr bilik dgn Mak dgn Diera. Oooo Aiman utk pertama kali nyer pkai baju Diana selepas 28 tahun

Hmm aper ada kat
King Kross? Kat sini tempat org laki bersidai la senang cakap Night life mmg happening kat sini. Ada sesetengah tempat kat sini tak bole amik gambar sebab byk ‘minah2’ bersidai depan pub tuh kan.. Kitorang cuma lalu jerk la tgk manusia2 nih berpeleseran Kat sini happening camner pun ada polis so at least keadaan terkawal. Masa we all lepak2 kat situ tetiba nampak org amik gambar we all. Ler Ayah rupa nyer. Sampai gak kata tadi penat. Tanya Ayah naper x lepak HRC dia kata mlm nih takde live band. Bosan dia gi gak jln sampai King Kross nih. Ayah citer la masa dia jenjalan sorang2 tuh ramai la offer dia masuk tgk ‘minah2’ berdansa sebab ayah jln sorang2 kan Hubby jln dgn Diana so dorang takde la approach dia . Lepas sakan melepak we all pun balik la ke hotel.

Eh! Jap.. Ehmm kitorang cakap dgn mak nak gi Hard Rock jap nak amik gambar waktu mlm plak so mak pun amik la Aiman yg pipi dia da kesejukan Sampai sana lebih kurang pkul 11PM tgk depa dah kemas2 meja nak tutup dah. Aikss lagi hebat kat Malaysia bukak sampai tgh mlm. Masa tu pun belum pkul 11PM. Pelik plak tgk mat salleh nih. So takde wat aper amik gambar pastu terus ajak Hubby pi McD sebab dah lapar tak tahan So we had hot choclate, Fillet-O-Fish and french fries Pastu baru la balik bilik. Rasa romantik jerk bile dpt berjalan dua camtu

Sampai bilik Hubby terus busy packing barang sebab besok dah nak check out. Tak tau Hubby siap kemas pkul baper sebab daku da pun tertido



Day 5 : Sightseeing Bus
Pagi nih habiskan roti, buah dan biskut juga ais-krim yg byk tuh Lepas tu check brg2 lain takut tertinggal. Lepas mandi dah siap sumer baru check out bilik lebih kurang pkul 12PM. Actually ingat ari nih nak sambung shopping kat Paddy’s Market lagik pastu nak gi
Bondi Beach. Ayah came out with suggestion naik sightseeing bus. So it’s a good idea sebab dah tak tau nak gi mana kan. Bas akan pegi 2 destinasi. 1 city tour lagi 1 beach tour. Kitorang tunggu bas tu dekat bus stop depan hotel. AUD30 per person bole guna 24 hours. Hmm 24 hours amende nyer nak balik dah mlm tu flight pkul 10.45PM Bole tahan mahal la gak nak naik bas nih. Bila da naik bas tu baru la tau betapa dekat nyer sumer tempat2 attraction dgn hotel yg we all stay tu. Jln kaki pun bole x yah naik bas contoh mcm Opera House jln kaki dlm 20 minit jerk Dah nak balik baru tau. Lepas da tour city ingat nak pi mkn kat Café Kasturi konon2 nyer final la tu. Sekali tutup la plak. Frust jerk Ayah. Teringin nak mkn nasi kot sebab smlm x mkn nasi Then kitorang berenti jap kat kedai kebab (Turkish). Dalam byk2 kebab yg we all pernah makan sedap lagik kat Amsterdam nyer

Pastu gerak gi
Central Station nak naik sightseeing bus utk gi beach tour plak sebab depa dok kata pantai yg femes kat Australia nih Bondi Beach. Pemandangan cantik sgt sepanjang perjalanan tu. Panas terik plak tuh. Aiman pkai spek pun tinggal kesan lingkaran kat mata dia Hubby suh tanggal takut tinggal kesan sunburn kat Aiman. Mak pun suh la turun tingkat bawah menyusukan Aiman. Best sgt dok atas tu sebab angin kuat dan sejuk walaupun panas. Tapi kesian Aiman so turun bawah dok menyusukan Aiman. Driver tu plak biler sampai Bondi Beach kata we all bole turun lebih kurang 20 minit nak amik gambar ke gi kedai ke... Apalagi meloncat la sumer org atas bas tu nak tgk aper ada kat Bondi Beach nih Takde apa yg menarik Cuma pemandangan dan pantai dia bersih walaupun pantai awam tapi kebersihan superb! Lagi yg femes psal pantai nih sebab ‘keterbukaan’ manusia2 yg bergelimpangan atas pasir tuh. Tgh summer plak tu, sumer manusia nih bersidai la. Yg tak malu topless la, yeah I’m not wrong. Depa tak pakai atas cover benda alah tu. Aper la dorang nih Mak Diana plak ingat org laki rupernyer perempuan. Sumer dok tayang memasing punyer. Mak siap cakap “Alahh lawa lagi mak punyer anak 8 pun” Hahaha Tak selera daku melihat nyer

Dah puas menjamu mata we all naik bas takut kena tinggal la plak. Hubby sempat amik pasir Bondi Beach utk kenangan. Diana ler tuh baru nak start wat collection. Konon lar… Lepas tu sampai hotel rileks jap dlm pkul 7 teksi dtg pick up terus gi airport. Kitorang sebenarnya da terlambat sebab airport shuttle yg ditunggu2 tak muncul so last minute tu suh hotel carik teksi. Teksi punyer la leceh kat sini kalau yg ada baby kena hire teksi yg ada car seat utk baby.. Aiyoo mana la sempat kitorang belasah jerk la guna teksi tuh nasib baik driver tuh baik (Pakistani) dia kata dia tlg sesama Islam kalau ikut law Australia dia kena gantung lesen sebab bawak 2 baby tanpa car seat. Hmm so dia suh sorokkan Diera dgn Aiman kat tempat kaki kat bawah tu lorr jadi cam pelarian jap anakku. Dia mcm pelik dok bawah tuh tapi sengih2 la syok kot dok bawah tu . Peramah driver tuh dia citer pernah dtg Malaysia jadi org kaya jap dia kata sebab duit yg dia bawak gi Malaysia lepas tukar dpt byk sgt. Mewah la dia dok Malaysia

Sampai airport Hubby pi carik troli nak letak brg. What!!! nak guna troli pun kena bayar. Bukan seposen dua tapi AUD 3. Gilo aper.. So Hubby pusing la mencari troli yg org dah x guna. Punyerla kedekut AUD 3 tuh . So Mak, Me, Diera and Aiman lepak kat luar sementara tgh tunggu Ayah dgn Hubby unload brg dr teksi. So ada la peristiwa yg mencuit hati aku nih. Ada la 1 couple maybe pakwe ker laki dia ker nak pi outstation lama la gamaknyer kan. Tgk awek tuh cam nangis la… So member nih pun ‘french kiss’ sakan depan we all. Org dewasa cam we all nih x pelik la kan tapi adiku yang bongsu; Diera pandang depa cam terkejut beruk la kot. Culture shock gitu Yerla maybe sblm nih nampak kat TV jerk itupun dia dok tutup muka konon malu la kan cehhh. Dia panggil Mak. Mak pun cakap ler selamba ‘Takpe la mak dia nak sayang dia.’ Betapa peristiwa simple mcm tu pun bole bagi kesan kat anak2 kecik kan?

Lepas tu kitorang pun berkejaran masuk dlm nak check in waaalaaa byk nyer manusia. Aiman da bosan.. Mula nangis sebab nak tido + penat. Biler sampai turn kitorang punyer la lambat minah tuh nak proses tiket. Beg ayah lepas sampai beg kitorang x lepas. Maximum limit per beg is 32 KG. Beg kitorang terlebih 1 KG… 33 KG. Hmm tu baru 1 beg. Mak cakap ‘Alaaa… lebih 1 KG jerk.. Boleh la tuh’. Hubby cakap dekat Mak ‘Masalah nyer conveyor tuh tak gerak langsung’. Adoii apalagi kitorang terpaksa la bukak beg tuh keluarkan sumer brg yg agak2 bole pegang macam jaket. Hmm jaket pun dah 1 KG. Masa tuh da x pandang kiri kanan sebab nak cepat jerk. Lepas dpt boarding pass terus gi parent room nak tukar baju Aiman dgn diapers. Mmg kitorang dah lambat sebab masa tu dgr announcement suh masuk utk berlepas. Apalagi kelam kabut la kitorang dgn anak, dgn nak kena isi boring.. Lepas dah settle situ masuk dlm tgk panjang nyer barisan kat kastam. Sabar jerk la… Al-hamdulillah kitorang sempat sampai kat gate dan org tgh beratur tunggu nak masuk kapal



Sekian terima kasih.




Quote:
Fida : Aku kurus ker? Aiman da start melasak kot . Mmg byk la nama depa nih sama cam UK King Kross la.. Hyde Park la...
Zizie : Auntie Jijie nak ikut ker naper tak cakap dgn Mummy Actually Diana mmg suker kalau dpt gi jenjalan ramai2. baru happening.
Echa : Mak aku tuh dah put on weight skit. Ko tak perasan ker Next year plan da ada but undecided which one to go Jom la join

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.