Assalamu'alaikum...lama menyepi. Minggu lepas minggu terakhir Kamarul, Kak Nani dan Zayed di bumi Belfast. Menyahut seruan tanahair. Kak Nani ialah senior saya di sekolah dulu. Tak sangka berjumpa di Belfast. Walaupun Kak Nani ni nampak pemalu, tapi beliau banyak menyumbang kepada komuniti muslimat Belfast melalui aktiviti-aktiviti Helwa. Alhamdulillah seingga sekarang generasi-generasi baru menyambung pula usaha Kak Nani dan senior-senior sebelumnya untuk mewujudkan biah solehah buat kami di perantauan. Selamat berjuang di tanahair. Semoga Allah pertemukan kita lagi. Amin.