Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 30-Nov-2006 14:14
SAAT CINTA BERSATU ABADI #2
Awan berarak perlahan menutup mega merah yang menguasi langit di pagi hari. Firin telah siap sedia untuk ke pejabat bersama dengan Epul. Sudah menjadi rutin bagi mereka keluar di awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas ke pejabat. Ise rakan serumah tiada, agak sunyi ketiadaan Ise pagi itu. Sudah dua hari ise pergi ke Taiwan untuk menguruskan hal kerja disana. Seminggu ke Taiwan sudah cukup menunjukkan dia amat sibuk dengan produk baru syarikat yang akan dilancarkan tahun hadapan. Firin berharap sebelum berlangsung perkahwinannya dapatlah dia memberi kad jemputan kepada Ise.

Suasana di tempat kerja seperti biasa, Cuma yang membezakan hari itu hanyalah perasaan Firin yang tidak sabar menunggu hari yang bersejarah. Tersenyum Firin keseorangan memikirkan hari yang dinanti-nantikan akan tiba. Di benak fikirannya memikirkan perkara-perkara yang belum dilakukan sebelum majlis tiba.  

Engkau kena bayar kat tok kadi berapa?.Tanya Epul membuatkan aku terpinga-pinga.

Firin hampir terlupa duit kadi. Nasib baik Epul mengingatinya. “Dalam 160 ringgit, nasib baik ko ingatkan aku pul kalo tidak mau tak kawin aku.” Firin menjawab sambil ketawa kecil.

Epul sibuk membelek keretanya. Diperiksa setiap sudut keretanya seperti keretanya mengalami masalah.
“Apasal dengan kereta ko ni pul rosak ker?” Firin memulakan pertanyaan.
“Malam ni aku nak pergi gurun ada Vendor Visit” Jawab Epul.
“Nampak gaya aku tidur sorang je la”,Firin berseloroh.
“Hai macam tak biasa pulak, lepas ni aku dgn ise tinggal berdua jela”,sambung Epul.

Firin ketawa kecil. Dihati kecilnya masih terpahat kisah lama antara Epul dan Ise. Banyak kenangan bersama. 3 tahun duduk bersama membawa kenangan yang tidak boleh dilupakan. Perasaan sedih menyelubungi diri tapi itu hakikat yang perlu dia tempuh. Hidup perlu diteruskan. Meneruskan kehidupan dari kehidupan bujang kepada berkeluarga.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.