Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 28-Nov-2006 23:39
..bila bercakap tentang cinta..




Bila bercakap tentang cinta : Percaya atau tidak,manusia..menjadi HAMBA terhadap apa yang dicintainya..percayalah, kerana itulah realiti manusia.. "When there is love,there is ALWAYS time.." manusia tidak akan pernah 'busy' kepada apa yang dicintainya,pasti sentiasa ada masa untuk apa yg dicintainya..

Katakanlah,si A baru aje beli kereta proton perdana dan die sgt2 sygkan kereta tu, semestinya everyday die akan pastikan kereta tu dalam keadaan yang baik. Before pegi keje,gilap sket kete,sampai ofis,park kete kt tempat yang boleh nampak dr tingkap ofis.time keje,selang 2minit,intai pulak kete dr tingkap,kot2 ade budak2 datang main2 kat tepi kete,bimbang dicalar keretanya.andai ade kesan calar,balik keje terus pegi supermarket beli scratch-mark remover cream or wutsoever they call it..ini salah satu contoh,lagi contoh orang yang terlalu sayangkan binatang peliharaan,spt ayam serama,kuda,pantang terdengar bunyi sket drp reban/kandang kat luar sana malam2 buta terus keluar,kasut selipar tak sempat sarung pun takpe,asal ayam kuda dipastikan selamat.diandaikan pula ayam/kudanya sakit,tang2 tu jugak start kete or lori ke bawak haiwan peliharaan tu pegi jumpe doktor haiwan..takde cash nak bayar,credit card pun oklah..

Itu adalah dua contoh sikap manusia terhadap apa yg disayanginya.harta dan makhluk lain,apetah lagi sesama manusia,sayangkan isteri,sayangkan anak2 sayangkan kawan2..pantang isteri nak ape,rantai,gelang,pakaian,kasut,beg tangan semua dibelinye,rela korban kehendak sendiri asal isteri senang hati,dapat hidup selesa.and si isteri pulak,bg yang bekerja,lepas balik rumah terus masak,sebab kejap lg suami nak balik ni,kerana sayangnya pada suami,penat lelah ditolak tepi asal suami bahagia.bagi yg xbekerja,apetah lagi.baik pada isteri,baik pada suami,atau baik pada apa2 atau siapa2 pun,apabila manusia mencintainya,jadilah "APA SAJA UNTUKMU.." atau "ANYTHING FOR YOU"

Apabila manusia cinta terhadap sesuatu,sayang akan sesuatu maka jadilah ia Ibarat hamba kepada tuannya,buat ape saje yg tuannya suruh,bagi ape saja yg tuannya minta,tanpa mengeluh,tanpa mengharap balasan.dalam erti kata lain,TAAT. semuanya,demi meraih redha,supaya tuannya senang kepadanya..begitulah reality manusia terhadap apa yg dicintainya.

BURUKKAH SIKAP BEGINI?

tentu sekali TIDAK! kenapa? kerana sikap begini membuktikan betapa org yg mengasihi amat menghargai apa yg dikasihinya.tapi alangkah indahnya andai sikap begini dapat kita tanamkan,kite semaikan dan kita aplikasikan dalam cinta kita kepada Pencipta kita. realitinya,kita hanyalah hambaNya, beginilah sikap yang sepatutnya kite praktikkan terhadapNya.sedang direalitinya,seorang hamba tidak layak meminta satu apapun dari tuannya,kerjanya hanya serve,dan serve. Namun kita?sekali kite serve,diberi ganjaran,lagi serve,lagi tambah ganjaran.kerana ape? kerana ape yg kite serve sebenarnya adalah berbalik kepada diri kita sendiri.segala apa yg Allah perintahkan kpd manusia,bukanlah untuk kepentinganNya,tapi adalah untuk manusia itu sendiri.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.." Az-Zariyat : 56-58

Allah tak memerlukan kite berbelanja ketika menunaikan solat,Allah tak memerlukan kita bangun keluar rumah malam2,even solat lail pun cukup dalam bilik aje,Allah tak memerlukan kite pegi ke masjid untuk berdoa dan bertaubat,bak perlunye kite ke supermarket/kedai untuk beli makanan2 for our pets.Allah tak memerlukan kite menggantung ayat2 Al-Qur'an dalam rumah demi membuktikan ingatan kite kepadaNya,cukup dgn zikrullah,anytime,anywhere..wah,tak payah rupenye menunaikan suruhan Allah ni..jauh lebih mudah rupenye jadi hamba Allah drp jadi hamba manusia/makhluk/benda..

Semua pun tahu kehidupan dunia hanyalah sementara,sedang akhiratlah yang abadi,jadi renungkanlah sejauh mana diri kita sedar tentang hakikat ni,dan sejauh mana kaki tangan dan anggota kita bertindak thadap apa yang kite sedari.

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar) : Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.." Ar-Ra'a:26

Ada yang tension "aku solat tak penah tinggal,puasa cukup,zakat beres,tapi hidup aku biase aje,takde pun semewah orang tu yg jarang benar solat,puasa pun boleh bilang jari,zakat apetah lagi..tak puas hati!!!" but la takhaf,wa la tahzan,jgn takut dan jgn sedih..
kerana andai kite ikhlas dan sabar dalam menunaikan tanggungjawab kite,lihatlah dan nikmatilah janji Allah...

"Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.." Al-Isra:21

Oleh itu kawan2,jom kite semaikan fitrah sikap kite manusia yg menjadi HAMBA TERHADAP APA YANG DICINTAINYA dalam hubungan cinta kite kepada Pencipta kita, yg sememangnya yang paling layak dan paling berhak utk kite taburkan..dan percayalah, inilah PELABURAN yg paling MENGUNTUNGKAN! lbh untung drp ASB.bersenang hatilah dengan hubungan ni,tiada masalah,hati pun tenang,dijamin senang..

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" Al-Fajr:27-30

BUKANKAH SYURGANYA YANG KITA SEMUA IMPIKAN?

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.