Entry kali nih mama masukkan gambar2 lukisan hasil kreativiti anak kedua mama, Nur Nadiah atau panggilan manja di rumah Dik Nad...Dik nad baru berumur 5 tahun dan skrg mengikuti kelas kindergarten di St. george´s School, Cologne sejak September lepas...Sebelum memulakan kelas kindergarten, Dik Nad mama tak masukkan ke mana2 tadika German, kakak Nabilah pula berada di sekolah dr pkl 8 hingga 3.10 ptg, so memang byk masa terluang utk mama dan Dik Nad di rumah, so mama pun cuba dan berusaha utk menjadi guru tadika utk anak sendiri....

memang susah pd peringkat awal..emak2 mmg kena byk belajar bersabaaaar dan kreatif..
Di rumah Dik Nad memang sukeeeee sgt menonton CDs kanak2 spt Barney, Sponge Bob, Jellabies, Telletubbies dan Barbie...hari2 psg cd tu sampai mama dia nih pun boleh hafal semua characters dan dailog citer dlm Cd tu..

kesemua CD2 tu mama bawa dr M´sia memandangkan kat Germany ni kesemua 37 channel TV dlm bhs German ( except BBC and CNN)...mama juga ajar Dik nad sikit2 guna komputer, Dik Nad dah boleh guna sebahagian learning activities & games dlm cd-rom Clifford Reading dan Playhouse Disney´s Rolie Polie Olie

Mama juga curi2 sedikit masa mengajar Dik Nad membaca gunakan buku Siri Cepat Membaca "Bacalah Anakku", Dik Nad masih dalam buku 1 lagi..kat sekolah belajar reading dlm BI, tapi mama tak nak anak2 mama ketinggalan utk belajar bhs ibunda mrk bila berada di sini..

Sebelah malam pula Dik Nad belajar mengaji, skrg masih dlm Iqra 1 lagi..

Peluang keemasan semasa "bercuti pjg" mama kena guna dgn sebaiknya sebab bila dah balik ke M´sia nanti mama akan bekerja semula... mama pasti merindui segala kenangan dan saat2 manis bersama Dik Nad semasa di sini.... Dik Nad sorang nih mmg sangat minat melukis...so di sini mama masukkan hasil2 lukisan anak kecil mama yg mama tampal kat dinding bilik..anak2 kecil nih mmg bangga if kita pamir hasil kerja diaorang!
Mama ambik gambar nih time Dik Nad baru balik dari sekolah around 4 pm... dah gelap!!
Lukisan2 Dik Nad....
Meja nih le tmpt adik berkarya.....