Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Collage 1
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Collage



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 4-Nov-2006 08:27
Perkahwinan Ayu & Ewan



Perkahwinan yang bertempat di Jalan Suara , Kapar,Klang pada 4 dan 5 November 2006. Dengan ini bermulalah musim pengantin di penghujung tahun 2006... Memandangkan cuti sekolah sudah semakin hampir tiba...Peluang ini tak dapat dilepaskan oleh bakal-bakal pengantin untuk mendirikan rumahtangga.. walaupun cuaca di musim tengkujuh ini tidak menentu...hujan hampir kesetiap hari tidak mematahkan semangat pengantin serta ahli keluarga untuk mengadakan majlis perkahwinan tersebut.

Pengantin Ayu & Ewan ni memang meriah.. Walaupun agak kekok pada awalnya seperti pengantin-pengantin yang lain , namun setelah disatukan mereka berdua..nampaknya keyakinan mereka tak dapat disembunyikan lagi.. Mereka berdua dinikahkan di Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.

Perkara yang menarik yang berlaku sewaktu di Majlis Berinai yang dilangsungkan sejurus selepas sessi bertukar-tukar baju pada hari sabtu tersebut.. sungguh tak disangka dengan kehadiran hujan yang lebat...sepanjang hari..ditambah pula kesulitan dimana kejadian BLACKOUT.. Bekalan Elektrik terputus disepanjang daerah tersebut..Sungguh mengharukan.. Tetamu datang dan menjamu selera dengan keadaan yang romantik sekali bertemankan lilin di serata meja.. Sungguh romantik sekali... Majlis Berinai terpaksa ditunda sehingga jam 9.45mlm. Dan sebaik sahaja Ahli Kompang bersedia mengambil tempat dan pengantin telah siap dirias ..Alhamdulillah Bekalan Elektrik disambung semula.. Nasib baiklah.. tiada berjelaga lubang hidung nih .

Majlis Bersanding keesokkan harinya berlangsung dengan baik..Kehadiran Matahari yang bersinar cerah.. memberikan kesempatan yang indah dalam melangsungkan majlis persandingan ini dengan lebih sempurna...

Walau apapun...saya dan crew Andaman Seni Mawar Biru amat berterima Kasih atas kerjasama pihak ayu & ewan serta keluarga dalam menjayakan kerja-kerja kami...Kami doakan agar anda semua berbahagia hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki sentiasa..

F.X P.H.O.T.O.G.R.A.P.H.Y
The shooter: fendiez
0123850157
illumin8tor@gmail.com
Skype:Kazuma707

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.