Berita Terkini---lagi saksi kejadian tren terbabas di SentuL
12 November 2006.
Kuala Lumpur ..
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita Tren Star-LRT hampir terjunam
di Stesen Bandar Sentul pada 27 October yg lalu..
Namun mengikut sumber-² berita ade yang mengatakan kejadian itu bukanlah
disebabkan dari kesilapan teknikal maupun salah dari driver tren itu..
Ianya disebabkan berlakunya pergaduhan antara dua pihak yang bertelagah..
Dan Tren itu cuba diselamatkan oleh seorang wira..
Menurut kata salah seorang saksi utama kejadian, yang dikenali sebagai Mak Minah Salleh, 65 tahun. Telah nampak kejadian sebenar pada hari tersebut...
"Semasa nak jalan pergi ke kedai, makcik nampak kelibat orang labah-labah
sedang cuba nak berhentikan tren. Melompat sana sini budak tu.. Makcik ingatkan dorang tengah wat filem.. " kata beliau .. sambungnya lagi
"Makcik nampak macam orang sotong.. Bukan sotong yang lembut itu..
Tapi ni sotong besi yang jahat gamaknya sedang melarikan diri." kata beliau
selepas disoal siasat oleh Skuad Gerak Khas yang diketuai oleh Sgt Mulder.
Namun sehingga kini berita ini tetap menjadi rahsia dan tidak dihebahkan kepada umum atas sebab-sebab keselamatan negara.
Berikut adalah dari sumber gambar mereka² yang tidak mau dikenali..