Huh... berjaya jugak memaksa diri menenyeh surfing2 signup kat fotopages ni. Ni la penangan orang kena mc lama... takde kerja di mana tahap ketepuan sengal tu dah overdose kut. Ni kat dalam ni jgn tanya la pulak why aku tak jadi jiwang karat or romantik2... sini tempat merapu kut lantak piah! Ni fotopages ni mesti letak foto ker? Hahahaha sengal pulak pertenyaan tu? Takpe lepas ni segala jenis foto aku, akan aku tempelkan kat sini. Lantak korang la nak tengok ke tak nak ke... kalau korang bosan pun ahhh pedulik! Tengok jugak, dah sape suwuh bukak, kan? LOL
Ya, itu dia aku perkenalkan... itu aku Biskutz @ Sekutz. Aku rasa nama aku dah glamer sekarang kut... dah satu dunia tahu :-> takpela since orang dah bagi glamer free walaupun dalam bentuk yg amatlah tak best, tak adil dan mcm siot jer... aku tetap maintain bergaya 8-) dan dengan bangganya menyerlahkan lagi keglameran itu dengan menempelkan muka keringku di sini. Alaaa... dah org nak tolong glamer kita support je la dia. Kut kang sian plak org dok tanya dia sape biskutz @ Sekutz tu? Guane rupanya? Dah jadi satu hal nak mengxplain, kan? Ni yang nak tolong ni... lalalalala :-D
Selamat merapu bersama aku selepas ini kerana di sini aku bisa jadi kamuk, kamuk bisa jadi aku lohhhhhhhh :-D