Pulau Gaya adalah pulau terbesar dalam lingkungan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) yang meliputi lima pulau di sekitar 3 - 8 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Selain Pulau Gaya, terdapat empat lagi pulau lain yang dikategorikan dalam TTAR iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Gaya dalam bahasa Bajau adalah 'gayo' bermaksud besar.
Pulau Gaya banyak dihuni oleh orang Bajau di mana kebanyakan rumah mereka adalah terletak atas air. Untuk ke Pulau Gaya, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penduduk tempatan yang selalu berulang-alik dari KK ke Pulau Gaya. Bot-bot kecil penduduk tempatan (yang kebanyakannya adalah orang Bajau) banyak beroperasi di tebing perairan berhampiran kompleks membeli-belah dengan kadar tambang RM1.50 sehala. Jika anda melawat perkampungan di sini, anda dinasihati berhati-hati dengan penduduk pulau tersebut yang terdiri daripada orang Bajau dan juga pendatang Filipina.
Gayana Island EcoResort merupakan menginapan yang paling popular di sini. Dengan kadar penginapan RM320 ke atas semalaman, anda boleh menikmati percutian resort di atas air di samping menjalankan aktiviti seperti berenang dan snorkling.