Pada malam 2hb November 2006, saya menghadiri majlis Pelancaran Mula Latihan Teater Purbawara "Batu Belah" bertempat di Dewan Komuniti MBPJ, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya. Majlis Perlancaran ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Mokthar b Hj Ahmad Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara. Untuk makluman semua, teater ini adalah karya/arahan Kamarul AR.
Jangan lupa nantikan
PEMENTASAN TEATER PURBAWARA ' BATU BELAH' ini pada:
Tarikh :
1, 2 & 3 Disember 2006
Masa :
8.30 malam
Tempat :
Auditorium Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya
Pelakon: Jalaluddin Hassan, Zarina Zainoordin, Ani Mayuni, Anding Indrawani Zaini Sallehuddin, Along Bakar, Nazri Ahmad, Mas Aida, Zaki Zabini dan ramai lagi termasuk kumpulan kebudayaan MBPJ.