Pada 20/10/2006 yang lalu, kawan saya telah menjemput saya bagi mengambil gambar perkahwinan bagi adik ipar beliau, kerana beliau sendiri telah mengambil rakaman video. Walaupun hari tersebut adalah dalam bulan berpuasa, tidak menjadi penghalang bagi saya bekerja mengambil gambar perkahwinan tersebut. Majlis telah diadakan di Klang pada pukul 7.30 pagi, bermula dari rumah pengantin perempuan dan kemudian pergi ke rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, diadakan majlis jamuan makan bagi tetamu yang hadir. Majlis tamat pada pukul 11.30 malam tersebut.