Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 30-Sep-2006 07:40
Hospital - PPUM..

Quote:

Ain & Aiman masuk wad.. at first Ain kena sawan demam.. masa tu baru je lepas waktu berbuka.. dan ketika tu dia ok je.. cuma beberapa minit selepas tu.. dia berbaring bersamaku.. dan kami pun tertido.. tetiba.. aku terasakan ain seperti menggigil.. ku sangkakan dia kesejukan.. rupanya dia kena sawan.. anak mata dia hanya memandang ke atas..

Berlari aku ke dapur dengan mendokong ain dan ku basahkan kepalanya.. beberapa ketika selepas itu.. dia tak lagi sawan tetapi matanya tetap memandang ke atas.. aku pun bergegas ke hospital - PPUM dan ain dimasukkan ke wad kecemasan.. setelah beberapa lama dilakukan pemeriksaan.. mata ain masih lagi belum pulih.. dia tak dapat melihat apa2..

Dan doktor mengambil keputusan utk ain dimasukkan ke dlm wad kanak2.. setelah 3 jam di dalam wad.. doktor menyarankan agar beberapa pemeriksaan dilakukan utk ain.. katanya ia agak luar biasa apabila mata ain masih belum melihat kerana mengikut kebiasaan.. selepas 30mins atau sejam.. semuanya akan kembali ok..

Doktor menyarankan utk melakukan pemeriksaan darah dan air tulang belakang utk memastikan tiada jangkitan pada selaput otak.. - meninges.. keputusan akan diperolehi selepas 2 atau 3 hari..

Pada hari kedua di wad.. Aiman pulak dimasukkan ke dlm wad.. demam panas.. suspected meningitis.. sama mcm Ain.. ianya benar benar dugaan utkku... kedua dua anak dimasukkan hospital.. aku dan isteri tinggal di hospital menemani anak2..

Selepas empat hari di hospital.. kami menerima khabar gembira.. kedua dua anak tidak dijangkiti apa2 virus.. cuma kesan sawan agak merisaukan dan ianya mungkin ada kemungkinan utk berulang.. Syukur ku pada Ilahi atas nikmat dan ujian yang dikurniakan..

P/s: Doktor ada bertanya mengenai kemungkinan kwsn kediaman ku berhampiran dgn kwsn ternakan khinzir dan sbgnya.. dan smmgnya kwsn kediaman ku amat berhampiran dgn khinzir.. tapi bukan kwsn ternakan.. cuma kwsn penyembelihan haiwan tersebut.. uhm.. kini aku sedang merancang utk berpindah..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.