-=[[ hari terbuka fakulti pergigian UKM ke-10 tahun ]]=-
fakulti pergigian ukm sudah mencecah usia 10tahun namun ramai lagi yang masih tidak mengetahui akan kewujudannya. objektif mengadakan hari terbuka fakulti pergigian UKM ni adalah untuk memperkenalkan fakulti pergigian ukm kepada umum. ianya telah diadakan di pusanika, ukm bangi selama 2 hari iaitu khamis (7/9) dan jumaat (8/9) bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan gigi percuma oleh fakulti pergigian ukm, pemeriksaan kesihatan oleh fakulti perubatan, kempen derma darah oleh pusat darah negara, pameran jabatan yang terdapat dalam fakulti pergigian iaitu jabatan kesihatan awam pergigian, jabatan prostodontik, jabatan ortodontik, jabatan bedah mulut & maksilofasial, jabatan pergigian operatif, jabatan periodontologi, jabatan patologi mulut dan jabatan biologi mulut klinikal.
berbagai-bagai pertandingan juga turut diadakan seperti kuiz kesihatan, pertandingan mewarna, pertandingan senyuman menawan, pertandingan mengira berus gigi dalam balang, pertandingan mengira bilangan gigi dalam radiograf, pertandingan pantun (antara pelajar & staff akademik) dan sebagainya..
majlis perasmian telah diadakan pada hari pertama iaitu khamis jam 2 petang dan disajikan dengan persembahan koir oleh staff sokongan dan pentomin oleh pelajar tahun 2.