Start hari Ahad ari tu, kita org tiap² ptg mkn telur separuh masak. Sedap plak. Tapi payah jugakle nak buat telur separuh masak ni. Dah lama pon x penah buat, sejak kawen nih, ni la first time aku buat, hehehehe.
Ahad: Jadik telur rebus, keras -
Fail
Isnin: Macam jadit tapi aku rasa cam terlalu cair sangat
Selasa: Macam jadit tapi Abang kata dia lagi suka kalau cair sket
Rabu: Abang kata, ha, camnila telur separuh masak -
So skang aku dah tau camne nak buat. Masukkan telur dlm piuk, masukkan air sampai sumer telur tenggelam, letak atas api, bila air dah mula menggelegak, trus tutup api. Pastu tutup piuk, dlm lebih kurang 50 saat camtu, kuarkan telur tu, jirus² ngan air kat sink sket, kemudian sedia utk dihidang. Yg paling tricky, tu la, bape lama nak tunggu lepas dah tutup api tu. Kalau sat sangat, tak masak, kalau lama sangat, jadit telur rebus keras.