Nurul & Azhar (Kampung Batu 3, Jalan Kapar, Klang)
Saya berpeluang menjadi jurugambar perkahwinan kepada pasangan Nurul dan Azhar. Majlis yang diadakan ialah nikah, bertukar-tukar pakaian, cukur rambut/marhaban, berinai dan persandingan. Mak andam kali ini ialah Siti Norbaya (Yanti Beauty House), yang mempunyai butik di Taman Sri Andalas, Klang. Bagi yang berminat mendapat perkhidmatan daripada beliau bolehlah menghubungi nombor telefon 012-3228404 / 013-3402686. Bagi pasangan Nurul dan Azhar, saya mengucapkan "Selamat Pengantin Baru".