Majlis cukur jambul Afina Bainz, anakanda kepada Bainz Sharum & Aziah Umar telah berlangsung di Jalan Khamis, Meru pada 20 Ogos, 2006. Majlis yang dilangsungkan selepas solat Isya' dihadiri oleh sekalian saudara-mara, sahabat handai dan orang kampung .
agak-agak Afina lebih iras pada ayah atau mama dia?
Antara rakan SMTK yang hadir termasuklah aku bersama mak dan adik-adik, Fitri Bear bersama mama & kakaknya, serta Ijan & Rien (tunang). Majlis serba ringkas dimulakan dengan bacaan tahlil dan kemudiannya disusuli majlis cukur jambil baby Afina yang kini berusia hampir 4 bulan. Setel je majlis, Afina terus terlena sebab kepenatan ditatang dek saudara mara sejak siang...[menurut maknya].
Hadirin mula beredar pada jam 10malam, tapi kitorang sempat la lepak2 borak2 dulu and everybody disperse at almost 11pm dengan senyum puas dapat gosip2 dan perut kenyang makan mee kari. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput.