seperti yang dirancangkan Majlis Tahlil untuk arwah Ahayanda Mawi telah pun selamat dilaksanakan di Masjid Negara selepas Solat Isyak malam semalam (Ahad – 9 Julai 2006), majlis yg sepatutnya dijalankan selepas solat Magrib ditunda kepada selepas Isyak kerana disaat akhir Mawi mengesahkan yang beliau akan turut serta dalam majlis tersebut (mengikut perancangan awal Mawi tidak bersama kerana berada diKulai).
Alhamdulillah seramai 123 orang tetamu yang hadir (tidak termasuk kanak2) untuk sama2 menjayakan Majlis Tahlil tersebut.
Pihak Mawifc turut mengagihkan bungkusan makanan & surah yassin kepada semua hadirin.
Setinggi2 terima kasih dari kami AJK & Biro Amal/Dakwah Mawifc kepada semua tetamu yang sudi hadir pada Majlis Tahlil tersebut.
Syabas kepada semua AJK & Biro Amal /Dakwah Mawifc yang terlibat besama2 bergotong royong memasak & menyediakan juadan untuk Majlis Tahlil tersebut.