Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Elaira
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Elaira



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 12-Jul-2005 12:00
Julai 2005 - Usang
PEMENANG LUMBA FOTO JULAI: USANG
Penafsiran USANG sememangnya amat luas. Jesteru para juri yang membantu hakim pun turut sama pening dalam mengadili tema yang subjektif ini. Terima kasih saya ucapkan kepada juri-juri yang turut sama membantu saya dalam penghakiman bulan ini. Jasamu kukenang hehe.

Berikut adalah senarai pemenang LF bulan ini:

Tempat Pertama
Komen hakim: Gambar Engku menepati tema. Jelas dilihat motor cup jenis lama, di tambah keadaan sekeliling yang menyebabkan suasana usang menyelubungi motor tersebut. Feel usang tersebut amat terasa.

Nama: Engku
Tajuk : Speda Usang
Lokasi : Kuala Muda Kedah
Kamera : D70

Tempat Kedua
Komen hakim: Biarpun pintu kuning tersebut kelihatan baru, ia memberikan kontra kepada dinding-dinding disekelilingnya. Pintu tersebut sebenarnya menyerlahkan keusangan pada dinding yang diselaputi lumut dan cat yang terkikis. Pemilik bangunan harus mengecat dinding selain pintunya saja.

Tajuk Foto: Kedai Pintu Kuning
Jurufoto: Nash V. Khan
Kamera: Canon PowerShot A400
Resolusi: 3.2 megapixel
Url: http://nashfotolapulak.fotopages.com

Tempat Ketiga
Komen hakim: Jelas menggambarkan bahawa perahu tersebut tidak dapat digunakan lagi. Tersadai dipantai. Seolah menunggu nasibnya berkecai dipukul ombak. Foto ini pasti bertambah menarik sekiranya Elaira menebas sikit rumput di hadapan bot tersebut serta membiarkan kapal dibelakang berlalu dahulu.

Tajuk: Puing-puing semalam.
Nama: Puteri Elaira Eliza
url: http://elaira.fajaronline.com @ http://www.elaira.net
Shutter : 1/365sec
Aperture : F3.4

Lain-lain gambar pilihan juri:
Kami mahu menobatkan gambar ini antara 3 pemenang bulan ini tetapi gambar dari tok rimau ini adalah gambar keempat beliau. Kami mengambil 3 gambar beliau yang terdahulu sebagai penyertaan.

Tempat: Tmn Kinabalu
Nama: Jali
Fotoblog:http://www.flickr.com/photos/jali/

Hakim tertarik dengan keklasikan dan kesyahduan yang terdapat pada rumah/bangunan tersebut. Sayangnya ia telah digilapkan dengan cat baru jesteru menjejaskan keusangannya.

Tajuk Foto : Usang ditelan yang baru
Lokasi : Melaka
Jurufoto : Jamil
Kamera : Canon PowerShot A40
Resolusi : 2.0 megapixel

Gambar ini penuh dengan cerita. Siapa pakcik ini? Dari mana dia datang? Bagaimana dia datang? Mengapa dia disitu? Sendiriankah dia dalam hidupnya? Sayang sungguh gitar beliau menganggu foto ini. Para juri teringin nak melihat wajahnya.

Nama: Buttet
tajuk : meniti usia usang
url : http://buttet.fotopages.com
lokasi: pudu raya , Kuala Lumpur

************************************************

Tahniah buat para pemenang! Tahniah juga buat mereka yang tidak berjaya, gambar kalian semua hebat-hebat belaka! Jangan putus asa! Harap cuba lagi dan lagi dan lagi.
Jangan lupa, kali ini, submit sehingga 5 foto!


By OP..

****************************************************************************

Utk LF ini, belum sempat saya upload semua gambar. Proses ni memakan masa. Jadi harap bersabar ya tuan puan adik kakok semua. saya coba menten pelan-pelan

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.