Dari Vigelansparken, Abin rushed back to Blindern untuk join kengkawan Institut Matematik for an Oslo Sightseeing. Program ni dirancang oleh Diana dan kengkawan untuk pelajar dan staf yang datang dari luar Norway, bermatlamat untuk perkenalkan Oslo pada semua. Tapi kebanyakan tempat yang dibawa, Abin dah gi sendiri ngan Kak Normah. Tapi oklah sebab tour kali ni ade Professional Guide, jadi Abin taulah cerita di sebalik itu dan ini.
Perjalanan bermula dengan bas dari Universiti Oslo ke bandar Oslo, melintasi Karl Johan Gate dan Akershus. Kemudian bas berhenti di Tulinlokka dan kami beramai2 melawat ke National Gallery (Galeri lukisan oleh pelukis2 terkenal Norway seperti Edward Munch). Tak leh ambil gambar, tapi ni lah tempat yang paling Abin suke sepanjang lawatan ni sbb dapat belajar memahami maksud yang tersirat dalam sesuatu lukisan, yang mmg selama ni Abin tak boleh nak faham. Then kami bergerak ke Bigdoy. Terdapat banyak muzium di situ. Antara yang sempat kami lawati ialah Viking Ship Museum (Kapal Viking yang dijumpai dalam tanah) dan Fram Museum (Kapal bernama Fram yang berjaya meneroka Kutub Utara dari Norway dan kembali semula dalam masa 1000 hari). Seterusnya, kami ke Vigelans Parken dan akhir sekali ke Holmenkollen.