Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Bapa saya :)

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Bapa saya
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 17-Jun-2006 13:28
Manusia Istimewa
Orang yang saya maksudkan sebagai manusia istimewa ialah bapa saya sendiri. Kenapa saya rasakan dia istimewa? Itu persoalan yang saya ingin huraikan panjang lebar di sini.

Biodata ringkas mengenai bapa saya. Beliau dilahirkan di Kelantan pada tahun 1952. Sejak kecil beliau banyak berpindah randah di atas tuntutan kerjaya arwah datuk saya sebagai renjer hutan. Menyingkap kisahnya semasa kecil, bapa saya nakal orangnya. Banyak angan-angan yang cuba direalisasikan antaranya ialah cubaan menjadi Hang Tuah, Tarzan dan Zorro (sehingga patah kaki). Di sekolah, beliau bijak dalam pelajaran dan sering bersyarah (entah untuk apa). Sifat itu dapat dilihat dalam adik bongsu saya yang suka memimpin dan berani tampil untuk meluahkan pendapat. Setelah tamat sekolah menengah, bapa saya menyambung pelajarannya di Universiti Malaya.

Saya memang dikenali umum sebagai daddy’s girl. Ketika kecil, jika diusik dengan ayat “Bila papa tua nanti…” saya pasti akan menangis tak sudah-sudah. Lalu saya akan berkata “Nak sambut birthday sampai umur 16 saje. Supaya umur papa takkan bertambah dan kekal 45 tahun untuk selamanya.” Bapa saya rajin membacakan cerita sebelum tidur antaranya ialah kisah-kisah nabi dan hikayat yang direka-reka.
Sejak kecil saya minat membaca disebabkan terikut-ikut sifatnya yang suka membaca. Walaupun kebanyakan buku kami berlainan genre, kami mempunyai beberapa minat yang sama maka selalu dibualkan dan bertukar pendapat antaranya ialah dunia misteri (kewujudan black hole, kuasa telekinetik), sejarah dan bidang astronomi. Saya masih ingat lagi kala kami taksub akan kewujudan kuasa telekinetik, saya cuba menggerakkan gelas selama setengah jam namun gagal mencapai tahap fokus (hehehe ). Ketika saya sibuk mempelajari Bahasa Jepun, bapa sayalah yang meneman dan menghafal bersama saya. Bapa saya sangat penyabar orangnya. Saya jarang dimarah tetapi saya pasti akan akur apa jua turutannya. Begitulah kami adik-beradik.

Tika saya hadapi dugaan bertimpa-timpa, bapa saya pasti akan mejadi tulang belakang dalam menyelesaikan masalah. Paling menyentuh hati saya ialah walaupun saya gagal berkali-kali, bapa saya tetap menaruh kepercayaan kepada saya. Itulah yang menguatkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan.

Terlanjur menyentuh isu bapa, saya ingin berceloteh sedikit mengenai golongan yang lebih lama menjadi bapa iaitu datuk-datuk saya. Datuk belah bapa saya meninggal dunia pada tahun 1991 maka memori saya dengannya sangat terhad. Seingat saya secara samar, beliau seorang yang pendiam. Orangnya segak dan tampil tampan hingga ke akhir hayatnya. Datuk saya belah ibu saya pula masih sihat dan tinggal di kampung bersama nenek saya. Beliau merupakan bekas guru besar dan lebih mesra dipanggil Cikgu Mat. Datuk saya ini juga seorang yang pendiam. Suatu ketika dulu, saya bersekolah di kampung (beberapa bulan) dan datuk sayalah yang menghantar dan menjemput saya dengan basikal tuanya. Saya masih ingat ketika saya ketakutan akibat menonton filem seram, untuk tidur saya minta beliau teman hingga saya terlena. Kisah ini berlaku pada tahun 1988 dan waktu itu, saya dapat rasakan kasih sayangnya kerana beliau setia menanti di sisi katil hingga saya terlena. Beliau suka berkebun dan membaca. Dengan kemampuan fizikal yang agak terbatas akibat usia, beliau tetap cuba untuk memanjakan cucu-cucunya.

Sempena hari bapa sedunia ini, saya sampaikan ucapan ini secara tidak terang terangan (seganlah). Saya doakan bapa saya agar dipanjangkan umur supaya dapat hidup lama di samping saya, ibu saya dan adik-adik. Semoga datuk saya (belah bapa) diletakkan dalam golongan orang beriman dan datuk saya (belah ibu) dipanjangkan umur. itulah doa saya setiap hari.

I love my papa

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.