1st May...Kalau di negara kita ini cuti Hari Pekerja. Tapi di sini tiada cuti sebegini. Hanya kebetulan May Day Bank Holiday tahun ini sama tarikh dengan Labour Day kita.
Jadi....cutilah aku seperti mereka di Malaysia. Nak berjalan jauh, ongkos nggak ada. Duduk di kota ini, tak sama seperti mereka di tempat lain. Di kota ini hari ahad pun masih berbayar tempat letak keretanya. Di kota ini, ada tol setiap kali masuk kawasan bertanda "C" merah. Namanya pun kota yang GAH, maka,segalanya menuntut kertas bernilai itu.
Jadi,aku yang tercampak dan terselit di sini, perlu lebih berhati-hati.Hmmm...tak seindah yang kau sangkakan,kawan....
Hasilnya, Bekonscot Model Village. Tempatnya dekat, murah,jimat dan berjaya membuat bukan sahaja si kecil itu gembira,malah aku turut menumpang bahagia.