assalamualaikum...
pada hari ini, t-qah, adik t-qah dan umi t-qah telah mengikut ayah t-qah yang bermesyuarat antara pengetua-pengetua sekolah berasrama penuh seluruh negara di bukit merah, perak.....
oleh sebab t-qah hanya menanam anggur di rumah selepas pulang dari PLKN, t-qah meminta izin abah t-qah supaya membawa t-qah sekeluarga ke bukit merah untuk menghilangkan kebosanan t-qah berada di rumah...akhirnya abah t-qah setuju dgn permintaan t-qah... kiranya sambil menyelam minum air la nie....
kami bertolak ke sana pada kelmarin,13 april pada jam 12 tgh hari dan sampai pada 6 ptg dan pulang ke rumah pada 16 april...umi t-qah terpaksa meminta cuti dan adik t-qah terpaksa ponteng sekolah pada hari tersebut...inilah kali pertama t-qah menjejak kaki t-qah di bukit merah...kawasannya begitu luas dan cantik...t-qah amat gembira selama berada di sini walaupun sekejap...
pada hari ini t-qah mengajak umi dan adik t-qah menaiki chairlift ride...harga tiket utk satu orang ialah RM4..chairlift ini membawa kami menyusuri taman tema air dari atas...jadi kami dapat melihat keseluruhan kawasan tema airnya dari tempat tinggi...apa yg melucukan t-qah ketika kami menaiki chairlift ini ialah ibu t-qah yg kelihatan begitu risau ketika berada di atas...dia berasa gayat,padahal ketinggiannya takdela tinggi sgt... dia hanya menaiki satu kali sahaja iaitu perjalanan pergi... sebenarnya kami dapat menaiki 2 kali perjalanan iaitu pergi dan balik semula ke tempat asal kami naik...bila sampai di tempat asal kami naik, penjaga di situ bertanya kepada t-qah dan adik t-qah, "dik..mana mak dik?"