Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 25-Apr-2006 05:18
Pencerobohan tanah penduduk kampung oleh pihak TNB Bangi
ni ada beberapa gamba yg sempat aku amik lepas kejadian Pencerobohan tanah penduduk kampung oleh pihak TNB Bangi kat kg aku.gamba ni selepas diorg memberhentikan seketika kerja2 menolak tanah dan pokok getah.kat bawah ni plak ada sepucuk e mail yg aku taip dan di bantu oleh azzu utk aku anta ke tv3.harap2 perkara ni selesai dgn baiknya dan tiada penindasan dari pihak yg tidak bertanggungjawab

Kepada : news@tv3.com.my
Subjek : Pencerobohan tanah penduduk kampung oleh pihak TNB Bangi

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya mewakili ibu saudara saya iaitu Sapiah Binti Sani dan penduduk dari Kampung Jalan Enam Kaki dan Kampung Kuala Pajam, Beranang Selangor dengan ini ingin menyampaikan dan memberitahu kepada pihak tuan rasa kekesalan ibu saudara saya serta penduduk-penduduk kampung tersebut tentang ketidakadilan pihak TNB Bangi, Selangor dengan sewenang-sewenangnya menceroboh tanah orang-orang kampung.

Pada mulanya pihak TNB Bangi ada berjumpa orang-orang dari Kampung Jalan Enam Kaki, Kampung Kuala Pajam dan beberapa kampung lain di Beranang. Tujuan mereka berjumpa adalah untuk memaklumkan kepada orang kampung mengenai pembelian tanah dan pembangunan pencawang elektrik di tanah penduduk kampung yang dinyatakan di atas. Penduduk kampung telah bersetuju untuk menjual tanah mereka, tetapi tiada surat perjanjian hitam putih diberikan oleh pihak TNB Bangi kepada penduduk kampung. Pihak TNB Bangi sekadar memberikan janji-janji manis sahaja dan hanya membayar sebilangan penduduk, manakala yang selebihnya tidak dibayar.

Dalam sedar tak sedar, tanah penduduk kampung yang tidak menerima apa-apa bayaran dari pihak TNB Bangi telah dicerobohi dengan aktiviti-aktiviti menolak tanah dan penumbangan pokok-pokok getah menggunakan jentera berat oleh pihak TNB Bangi. Penduduk kampung yang marah atas tindakan melampau pihak TNB Bangi telah membuat beberapa aduan kepada pihak atasan TNB Bangi dan juga kepada YB bahagian Beranang, tetapi yang sedihnya tiada apa-apa tindakan yang diambil. Walaubagaimanapun, selepas aduan tersebut pihak TNB Bangi telah menghentikan kerja-kerja menolak buat sementara waktu. Tetapi, baru-baru ini kerja-kerja menolak semula tanah tersebut telah kembali bermula secara senyap-senyap dan secara kebetulan telah disedari oleh salah seorang penduduk kampung. Untuk mempertahankan hak dan mengenengahkan isu ini agar pihak bertanggungjawab TNB Bangi dikenakan tindakan sewajarnya, ibu saudara saya iaitu Sapiah Binti Sani telah menggesa saya untuk menghubungi pihak tuan.

Dengan penerangan ringkas tentang isu di atas, semoga pihak TV3 dapat membantu dan membuat ulasan berdasarkan maklumbalas serta penjelasan dari penduduk-penduduk kampung yang lurus fikiran ini dari terus ditindas oleh pihak berkaitan TNB Bangi yang tidak bertanggungjawab. Untuk keterangan lanjut pihak tuan boleh menghubungi ibu saudara saya di talian yang diberikan di bawah.

Sekian,

Terima kasih.


Yang berharap,

Sapiah Binti Sani
Kampung Jalan Enam Kaki,
43700 Beranang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-87667722 atau 012-6982362 – (Khairil)

Diwakili oleh,
Kamarul Addli Bin Karim

p/s : untuk pengetahuan pihak tuan, penduduk kampung juga telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai perkara yg berlaku. tetapi tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak yg berkenaan

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.