Kelab UMNO Ireland telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan Kelab UMNO Ireland, bertema Malam Ekspatriat 2006 bertempat di sebuah hotel terkemuka di Dublin iaitu Grand Canal Hotel pada 8 April 2006. Ia telah dihadiri oleh lebih 150 ahli kelab UMNO Ireland dan rakyat Malaysia disini yang terdiri daripada pelajar perubatan, pelajar perakauanan, golongan proffesional dan juga wakil di sektor swasta seperti Firma perakauanan BDO Simpson Xavier, Oriental Market dan Putra Venture.
Majlis itu telah dirasmikan oleh tetamu khas pada majlis tersebut, iaitu TYT Duta Malaysia ke Ireland, Dato’ Siddiq Firdause Mohd Ali