Kali nih aku bawak Abang Bob dan KakYong serta anak-anaknya Syahira dan Adib melawat Istana Neuschwanstein di Fussen, Germany. Ia terletak di selatan Germany bersempadan daerah pergunungan banjaran Alpes di Austria. Istana ni pernah diduduki oleh Raja Bavaria yang bernama Koenig Ludwig II (King Ludwig II) tetapi sayang, belum sempat istana nih disiapkan sepenuhnya, raja tuh meninggal. Raja tuh sempat duduk kat istana tuh lebih kurang 60 hari jer kalau tak silap aku. Selepas 2 minggu kematian raja tuh, istana nih dijadikan muzium dan dibuka untuk orang ramai sebagai tarikan pelancong. So ada banyak lagi bahagian-bahagian dalam istana nih yang belum disiapkan. Antara yang dah siap ialah Balairong Seri, Bilik Tidur Raja, Dapur, Tempat Makan dan Bilik Pembesar2 bermesyuarat.
Dikatakan raja nih gila. Dia selalu mengasingkan diri dan duduk bersendirian. Punca kematiannya pon blom dikenalpasti sampai ke hari ini. Raja nih takde meninggalkan zuriat sebab dia pon tak pernah kawin. Dia meninggal pada umurnya sekitar 40an.
Apa kelebihan dan keistimewaan Istana nih sehingga ia menjadi salah satu daya tarikan pelancong di Germany? Sebab Istana ini telah dipilih oleh Syarikat Cartoon terbesar USA iaitu Walt Disney untuk dijadikan model 'Sleeping Beauty Castle' bagi rangkaian Disneyland di seluruh dunia seperti DisneyWorld Florida, Disneyland Paris dan Disneyland Tokyo. Lihat sahaja rekabentuk dan senibinaannya telah dicopycat oleh Walt Disney dan dijadikan sebagai istana Disneyland.
Itu jer kelebihannya. Kalau nak ikutkan... sapa nak datang kat istana yang blom siap. eheh.. tapi cantik laaa permandangan dia. Kalau sapa datang ke Germany, pasti akan ke Neuschwanstein.